Permainan Age of Empires III

Pemain bermula dengan pusat bandar yang telah dibina atau satu gerabak yang akan membinanya, penjelajah bersenjata, dan sebilangan kecil pekerja. Pemain meneroka peta dan mula mengumpulkan sumber yang digunakan untuk melatih unit dan membina bangunan tambahan dan untuk menyelidik penaiktarafan atau teknologi. Tindakan seperti melatih unit, membina bangunan, membunuh unit musuh, dan lain-lain, memberi mata pengalaman kepada pemain. Pada ambang pengalaman tertentu, pemain memperoleh Kiriman yang boleh digunakan untuk menghantar satu kad kiriman daripada ibu kota pemain, yang terdiri daripada kad unit, peningkatan, dan sumber. Permainan berlangsung sama seperti kebanyakan permainan strategi masa nyata sehingga satu pihak menyerah kalah.

Dalam Age of Empires III, pemain akan mara sepanjang "Zaman", yang merepresentasi jangka masa bersejarah; ini memberikan akses kepada teknologi, unit, dan bangunan yang lebih besar. Zaman-zamannya termasuk Zaman Penerokaan, yang mewakili penemuan dan penerokaan Amerika oleh orang Eropah, membolehkan pemain meneroka dan mengembangkan ekonomi mereka; Zaman Perdagangan, yang mewakili pengembangan Eropah ke dalam Dunia Baru dan membuka akses kepada unit ketenteraan awal; Zaman Kubu, yang mewakili perkubuan dan penjajahan Eropah, memberi akses kepada bangunan kubu, dan membolehkan pemain memperoleh tentera yang lebih lengkap; Zaman Perindustrian, yang memberi ekonomi yang kuat, sebahagiannya disebabkan pembinaan bangunan kilang—sebuah bangunan yang secara automatik menghasilkan sumber atau artileri—serta membuka akses kepada semua unit dan kiriman; dan akhirnya Zaman Imperialisme, yang membuka akses kepada semua bangunan dan teknologi, dan membolehkan anda menghantar penghantaran unit dan sumber buat kali kedua. Semua zaman berkos makanan dan syiling untuk diselidik, kecuali Zaman Kolonial, yang hanya berkos 800 makanan. Harga bagi memara zaman bertambah namun tidak berbeza antara tamadun.

Di dalam Age of Empires III, tamadun-tamadun Eropah menggunakan "sistem ahli politik" untuk memberikan bonus bagi memara zaman. Apabila pemain memilih untuk mara ke zaman seterusnya, dua atau lebih pilihan "ahli politik" diberi, setiap daripada mereka memberi bonus yang berbeza. Ahli politik diberi gelaran umum yang mencerminkan bonus yang diberikannya: contohnya, "Naturalis" memberi pemain empat ekor lembu, manakala "Jeneral" memberikan dua belas musketeer dan sebuah artileri berat bagi tamadun orang British. Apabila ibu kota pemain meningkat dalam tahap, semakin banyak ahli politik tersedia—dengan kadar satu bagi setiap sepuluh tahap ibu kota—sehingga tahap 60.

Tamadun-tamadun orang asal Amerika menaik taraf dengan sistem majlis puak. Setiap tamadun mempunyai lima orang ahli majlis yang boleh dipilih pada setiap zaman, namun bonus mereka akan lebih besar pada zaman yang lebih tinggi. Ahli majlis yang telah dipilih tidak boleh dipilih semula.

Bagi tamadun-tamadun Asia pula, sistem Struktur Keajaiban digunakan. Kaedahnya adalah mirip sistem majlis puak, di mana terdapat lima pilihan sepanjang permainan. Walau bagaimanapun, selain bonus memara zaman, pilihan yang dipilih iaitu Struktur Keajaiban—bangunan unik berdasarkan mercu tanda tamadun tersebut—juga akan memberi kesan berpanjangan atau mempunyai keupayaan khas, selama bangunan itu masih berdiri.

Tamadun

Setiap tamadun di dalam Age of Empires III diwakili pemimpin-pemimpin terdahulu daripada garis masa permainan tersebut. Tamadun-tamadunnya dibahagikan kepada empat budaya, Eropah, orang asal Amerika, Asia dan Amerika Syarikat.

Budaya Eropah merupakan satu-satunya budaya dan budaya pertama dalam permainan asas Age of Empires III. Mereka menaik taraf dengan memilih ahli politik, dan mempunyai akses kepada ciri-ciri seperti bangunan kubu, kilang, serta askar upahan. Mereka mempunyai dua unit yang boleh dinaik taraf menjadi Pengawal Diraja, yang mempunyai bonus peningkatan yang lebih ketika menaik taraf pada tahap Pengawal pada Zaman Perindustrian.Budaya Eropah terdiri daripada orang Sepanyol, Inggeris, Perancis, Portugis, Belanda, Rusia, Jerman, Uthmaniyyah, dan terbaharu orang Sweden di dalam Edisi Definitif.[8]

Tamadun-tamadun di dalam budaya orang asal Amerika pertama kali keluar di dalam pek tambahan The WarChiefs. Ia terdiri daripada orang Aztek, Haudenosaunee, Lakota dan Inka (ditambah dalam Edisi Definitif). Mereka menaik taraf dengan memilih ahli majlis puak. Mereka mempunyai pondok perang yang merupakan bangunan ketenteraan yang juga boleh mempertahankan koloni anda. Mereka mempunyai plaza komuniti, sebuah bangunan yang memberi bonus kepada pemain yang semakin hebat dengan lebih banyak

Rujukan

WikiPedia: Age of Empires III http://www.agecommunity.com/press.aspx?PressReleas... http://www.gamedaily.com/articles/news/npd-issues-... http://www.glu.com/corp/pages/pressdetail.aspx?ite... http://www.ign.com/lists/top-100-game-creators#/57 http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-... http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-... https://www.ageofempires.com/games/aoeiii/ https://www.ageofempires.com/news/age3de-preorder-... https://www.mobygames.com/game/age-of-empires-iii https://web.archive.org/web/20071010085041/http://...